Pandangan Ahlus Sunnah Dalil_Aqli

Ulama Salaf (Ahlus Sunnah) senntiasa mendahulukan naql (wahyu) atas ‘aql (akal). Naql adalah dalil-dalil syar’i yang tertuang dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

Secara ringkas pandangan Ahlus Sunnah tentang penggunaan akal, di antaranya sebagai berikut :

  1. Syari’at didahulukan atas akal, kerana syari’at itu ma’shum sedang akal tidak ma’shum.
  2. Akal mempunyai kemampuan mengenal dan memahami yang bersifat global, tidak bersifat terperinci.
  3. Apa yang benar dari hukum-hukum akal pasti tidak bertentangan dengan syari’at.
  4. Apa yang salah dari pemikiran akal adalah apa yang berten-tangan dengan syari’at.
  5. Penentuan hukum-hukum tafshiliyah (terinci seperti wajib, haram dan seterusnya) adalah hak syariat.
  6. Akal tidak dapat menentukan hukum tertentu atas sesuatu sebelum datangnya wahyu, walaupun secara umum ia dapat mengenal dan memahami yang baik dan buruk.
  7. Balasan atas pahala dan dosa ditentukan oleh syari’at.

Dari sini dapat dikatakan bahawa keyakinan Ahlus Sunnah adalah yang benar dalam masalah penggunaan akal sebagai dalil. Jadi, akal dapat dijadikan dalil jika sesuai dengan Al-Quran dan as-Sunnah atau tidak bertentangan dengan keduanya. Dan jika ia bertentangan dengan keduanya, maka ia dianggap bertentangan dengan sumber dan dasarnya. Dan keruntuhan dasar bererti juga keruntuhan bangunan yang ada di atasnya. Sehingga akal tidak lagi menjadi hujah (bukti, alasan) namun berubah menjadi dalil yang bathil.